“Macam Parameswara Bertemu Hang Li Po”- Faizal Ismail Kongsi Gambar ‘Sweet’

Pengacara Faizal Ismail berkongsi ucapan manis buat isterinya, Norazlina Ahmad Din sempena hari jadi.

Menerusi laman Instagram bekas penyampai radio Hot FM ini, dia memuatnaik gambar perkahwinan mereka yang berlangsung 18 tahun lalu. Romantik habis! 

“Happy Birthday to the Queen of My Heart, Norazlina Ahmad Din (known as Kak Lina). Tgk balik gambar kawen ni dah mcm Parameswara bertemu Hang Li Po,”tulisnya.

Difahamkan, Kak Lina meraikan ulang tahun ke 41 hari ini.

Sementara itu, Faizal juga sempat bertanya kepada pengikut di Instagram untuk mencari perbezaan pada wajah pada dia dan isteri.

“Gambar 18 tahun lepas dari album.. cer swipe tgk apa beza? Moga diizinkan utk terus bersama.. tlg Ameenkan ye,”akhiri Faizal yang juga bapa kepada  Nur Khairina Iman, 15,  Muhammad Khalish Iman, 6, dan Khayla Nur Iman, 4

Rata-rata pengikutnya turut mendoakan agar pasangan ini terus kekal bahagia hingga ke Jannah Amin!

SGMS Faida