Maher Zain Rakam Dua Lagu Baharu Tahun Ini

Penyanyi Maher Zain yang dijadualkan mengadakan konsert jelajah seluruh Malaysia bermula Mac ini berharap mendapat sokongan dari peminatnya.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bakal tampil dengan dua lagu baru tahun ini.

“ Saya berharap ia dapat disiapkan secepat mungkin kerana ia salah satu persediaan pelancaran album pada 2020.

“ Kami sedang mengusahakan album baharu,” katanya di sidang media yang dibawakan oleh CIMB Islamic Bank Berhad di Nu Sentral, semalam.

Penyanyi berketurunan Lubnan-Sweden itu berharap peminatnya akan menjadikan konsert jelajah itu satu kejayaan yang tidak dilupakan.

Difahamkan, 35 peratus tiket konsert sudah terjual atau ditempah setakat ini. 

Maher memulakan konsert jelajahnya di Malaysia dengan persembahan di Axiata Arena di sini pada 9 Mac, diikuti Stadium Pasir Gudang, Johor (15 Mac), SPICE Arena, Pulau Pinang (16 Mac) dan Kota Kinabalu, Sabah pada 17 Mac.

Tiket berharga antara RM78 dan RM1,000 boleh dibeli menerusi www.tixmalaysia.com.

SGMS Faida