Mahkamah Putuskan Anak Lahir Luar Negara Tidak Dapat Kerakyatan Raih Pelbagai Reaksi Netizen

Baru-baru ini, Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia hasil perkahwinan campur dengan warga asing tidak berhak mendapat kerakyatan Malaysia.

Memetik laporan Harian Metro, keputusan majoriti 2-1 menerusi panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Kamaludin Md Said, selepas membenarkan rayuan kerajaan, Kementerian Dalam Negeri dan ketua pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Keputusan tersebut dipersetujui oleh Halim Kamaruddin dan Hakim Datuk Azizah Nawawi.

Sebelum ini, heboh mengenai isu anak kepada penyanyi rap wanita, Loca B mempersoalkan mengapa anak sulungnya, Yusof Alexander dilahirkan di United Kingdom hasil perkahwinan bersama bekas suami sehingga kini masih belum berstatus warganegara.

Loca turut meluahkan mengapa kaum lelaki boleh sewenang-wenangnya memindahkan hak kewarganegaraan kepada anak mereka, tidak setaraf dengan kaum wanita.

Ekoran itu, tinjauan di ruangan komen berita berkenaan di Facebook Harian Metro dibanjiri dengan pelbagai reaksi netizen.

Segelintir daripada mereka menyokong keputusan mahkamah ini, manakala setengah daripada mereka menentang dan bersuara isu ini sudah lama namun masih tidak adil kerana menurut mereka, setiap kanak-kanak wajar diberi kewarganegaraan tidak kisah lahir di mana.

Sumber: Harian Metro

Aqilah Paharuzi