“Nampak Cara Tu Macam Dah Kahwin…” – Aksi Mesra Ruhainies Dan Zul Ariffin Tular, Netizen Dakwa Dah Kahwin Senyap-Senyap

Pelakon popular, Zul Ariffin dan Ruhainies kembali menjadi topik perbualan hangat netizen apabila aksi mesra mereka sempat dirakam oleh warganet ketika kedua-dua pasangan ini menghadiri satu majlis melibatkan jenama produk terkenal antarabangsa.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai @fyzalbabjan, Ruhainies dan Zul Ariffin dilihat tidak kekok bersama apatah lagi Zul dilihat sempat berbisik ke telinga dan memegang lengan aktres itu.

 

Bahkan, dalam hantaran video yang berlainan pula, Zul dan Ruhainies dilihat saling berpegangan tangan.

Malah, tindakan spontan kedua-dua pasangan ini sekaligus menimbulkan rasa kurang senang peminat, malah ada yang mendakwa kedua pelakon ini sudah pun berkahwin secara senyap.

@fyzalbabjan 🌹❤️ @Ruhainies777 ♬ bunyi asal – FyzalBabjan

 

Justeru itu, status hubungan Ruhainies bersama teman lelakinya yang dikenali sebagai Mr E turut menjadi tanda tanya dalam kalangan warganet, apatah lagi pelakon yang popular menerusi drama Cukup Derita Itu semakin kurang berkongsi mengenai hubungannya di media sosial.

Terdahulu, Zul Ariffin dan Ruhainies pernah mencetuskan kontroversi apabila tampil dengan gimik video malam berinai.

ARTIKEL BERKAITAN:Instagram Dibanjiri Ucapan Tahniah, Ruhainies Sahkan Jejaka Misteri Di Video ‘Malam Berinai’ Adalah Zul Ariffin… – “Saya Tak Kahwin Senyap-Senyap!”

ARTIKEL BERKAITAN:Gimik Tampil Zul Ariffin Dalam Video Malam Berinai: “Ibaratnya Kalau Sudah Ada Anjali, Kenalah Ada Rahul” – Ruhainies

ARTIKEL BERKAITAN:Dulu Kerap Tayang Kekasih, Kini Ruhainies Ambil Langkah Berhati-HatiPelakon popular, Zul Ariffin dan Ruhainies kembali menjadi topik perbualan hangat netizen apabila aksi mesra mereka sempat dirakam oleh warganet ketika kedua-dua pasangan ini menghadiri satu majlis melibatkan jenama produk terkenal antarabangsa.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai @fyzalbabjan, Ruhainies dan Zul Ariffin dilihat tidak kekok bersama apatah lagi Zul dilihat sempat berbisik ke telinga dan memegang lengan aktres itu.

 

Bahkan, dalam hantaran video yang berlainan pula, Zul dan Ruhainies dilihat saling berpegangan tangan.

Malah, tindakan spontan kedua-dua pasangan ini sekaligus menimbulkan rasa kurang senang peminat, malah ada yang mendakwa kedua pelakon ini sudah pun berkahwin secara senyap.

 

Justeru itu, status hubungan Ruhainies bersama teman lelakinya yang dikenali sebagai Mr E turut menjadi tanda tanya dalam kalangan warganet, apatah lagi pelakon yang popular menerusi drama Cukup Derita Itu semakin kurang berkongsi mengenai hubungannya di media sosial.

Terdahulu, Zul Ariffin dan Ruhainies pernah mencetuskan kontroversi apabila tampil dengan gimik video malam berinai.

ARTIKEL BERKAITAN:Instagram Dibanjiri Ucapan Tahniah, Ruhainies Sahkan Jejaka Misteri Di Video ‘Malam Berinai’ Adalah Zul Ariffin… – “Saya Tak Kahwin Senyap-Senyap!”

ARTIKEL BERKAITAN:Gimik Tampil Zul Ariffin Dalam Video Malam Berinai: “Ibaratnya Kalau Sudah Ada Anjali, Kenalah Ada Rahul” – Ruhainies

ARTIKEL BERKAITAN:Dulu Kerap Tayang Kekasih, Kini Ruhainies Ambil Langkah Berhati-Hati

Salma Syahbuddin