Hiburan By: Padin December 10, 2023 @ 10:21am

Mahu Bantu Pelajar SPM… Iman Troye, MK K-Clique Nasihat Pelajaran Amat Penting

Duta dan ikon pusat peningkatan akademik dan pakar untuk membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) PTTI, penyanyi Iman Troye dan MK K-Clique menekankan soal kepentingan pelajaran.

Iman, 21, atau nama sebenar Siti Nur Alyssa Sahabudin berkata, pembabitannya sebagai duta PTTI bukan satu tugas yang mudah.

“Menjadi duta berat, sebab bila ke siri jelajah bukan hanya membawa nama saya untuk buat persembahan, tapi saya akan ditanya beberapa soalan oleh pelajar di sana.

“Saya juga akan meluangkan masa dengan mereka, saya akan tengok cikgu mengajar, teknik digunakan. Dari situ saya akan tanya semula dan buat kuiz kepada pelajar. Saya akan bagi hadiah yang disediakan sendiri,” katanya.

Menurutnya, PTTI sudah banyak membantu pelajar yang bakal menduduki SPM.

“Saya dah kenal PTTI sejak habis SPM. Cuma, agak kecewa sebab zaman saya belum ada lagi, jadi saya tak dapat alternatif sebegini.

“Jadi, Saya tak nak adik-adik yang ambil SPM terlepas peluang yang disediakan PTTI. Kita boleh nampak usaha mereka dengan pelbagai program yang diatur.

“Diakui peningkatan mencanak naik. Masa saya mula-mula terbabit dengan mereka, PTTI belum buat siri jelajah lagi dan masih dalam talian.

“PTTI juga pergi ke lebih 200 sekolah, tapi saya tak dapat turut serta. Kali ini dapat terbabit dalam pecutan akhir SPM di NTV7,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Misi Membantu Calon SPM Ubah Gred G Kepada A

Bagi MK, 27, atau nama sebenar Muhammad Hairi Amin Hamdan berkata, segala usaha yang dibuat PTTI bersama guru yang bertugas kian membuahkan hasil.

“Awalnya saya fikir sebagai duta saja, tapi sekarang segala usaha yang dibuat oleh PTTI dan cikgu-cikgu menunjukkan hasil apabila berlaku peningkatan dari segi keputusan SPM. Inisiatif untuk perlajar juga terlalu banyak.

“Pelajaran penting. Macam saya, habiskan pelajaran dulu baru ke dunia nyanyian. Saya tamat pengajian di UiTM baru fokus dengan muzik. Keluarga ada harapan untuk kita. Jadi, nasihat saya untuk semua adik-adik, belajar sangat penting. Kalau dapat ulang masa, saya akan belajar sepenuhnya untuk berjaya dalam pelajaran,” katanya yang mendapat keputusan 5A 3B dalam SPM.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman berkata, PTTI adalah platform pendidikan dalam talian di Malaysia dengan formula serta teknik menjawab peperiksaan yang terbukti berjaya membantu pelajar meningkatkan gred peperiksaan menerusi pembelajaran mudah dan ringkas.

“Inisiatif ini bukan saja meningkatkan akses pendidikan berkualiti tetapi juga membantu pelajar khususnya calon SPM mencapai kecemerlangan akademik mereka.

“Menerusi kolaborasi kali pertama dengan MPB yang mana ntv7 sebagai platform disediakan, saya percaya dapat membantu lebih ramai pelajar dan menaikkan lagi jumlah pelajar memperoleh keputusan semua A di Malaysia pada SPM ini,” katanya.

PTTI Pecutan Akhir SPM 2023 dikendalikan barisan 13 tenaga pengajar berpengalaman yang membantu teknik menjawab soalan-soalan SPM untuk mata pelajaran teras dan aliran Sains iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Sains, Matematik Tambahan, Fizik dan Kimia.

Setakat ini, PTTI sudah mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book Of Records (MBOR) apabila berjaya mencatat jumlah pelajar memperoleh semua A pada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 lalu menerusi kategori ‘Most Straight A’s SPM Students In A Tuition.

Program PTTI Pecutan Akhir SPM 2023 di ntv7 juga boleh diikuti secara langsung menerusi tonton Live TV dan XTRA Live TV, myfreeview (saluran 107), Astro (saluran 147), unifi (saluran 107), dan secara maya menerusi platform digital YouTube @ntv7MALAYSIAOfficial.

Selain itu, PTTI turut mengadakan program Selekoh Akhir SPM yang dijalankan secara dalam talian. Untuk maklumat lanjut boleh layari www.ptti.com.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 20 Dec 2022
Featured Mon, 7 Mar 2022

“Terima Kasih Marsha” – Akim Ahmad & Stacy Anam Tersentuh Hati Lihat Persembahan Marsha Milan di AJL 36

Tahniah buat Marsha, Akim dan Stacy atas kejayaan manis ini! #NaibJuaraAJL36 🥳

Events Sat, 15 Feb 2020
Hiburan Wed, 1 Sep 2021

31 Anak Seni Bangkit Bersatu Dalam Kempen #RISEandUNITE

#RISEandUNITE, Bangkit dan Bersatu merupakan satu kempen bertujuan untuk menyemarakkan semangat kemerdekaan serta sinar ke dalam jiwa rakyat Malaysia. Kempen ini juga adalah untuk memupuk rakyat agar bangkit untuk membela dan mengejar kejayaan, bersatu tanpa […]

Featured Wed, 2 Nov 2022

Sering Berpenampilan Pelik, Kali Ini Fesyen Elegan & Ringkas DSV Raih Perhatian

Sering Berpenampilan Pelik, Kali Ini Fesyen Elegan & Ringkas DSV Raih Perhatian Usahawan terkenal Datuk Seri Vida (DSV) sering menjadi perhatian warganet kerana sering tampil dengan fesyen yang unik dan berani, malah ada yang melabelkan […]

Featured Mon, 9 Jan 2023

[VIDEO] Aeril Zafrel, Wawa Zainal Komen Isu Kahwin Lagi – “Jangan Kau Mengundang, Nanti Penyondol Datang..”

Alamakk, isu sensitif ni. Bak kata Wawa semua orang tengah emo isu kahwin dua, tak pepasal kan dah kena marah tuu 🤣🤣🤪

Featured Thu, 18 Aug 2022

Didakwa Guna Pengaruh Bapa Mertua, Jovian Akui Terkilan

Jovian terkilan dengan sikap netizen