Mahu Fokus Anak, Linda Hashim Belum Terfikir Nak Aktif Berlakon Semula

Selepas melahirkan anak ketiga bulan lalu, pelakon Linda Hashim memberitahu belum terfikir untuk kembali ke lokasi penggambaran dalam masa terdekat.

Ini kerana isteri kepada pelakon Beego ini mahu fokus kepada tiga anaknya yang kecil dan memerlukan perhatian penuh seorang ibu.

“ Lambat lagi kot. Saya pun tak terfikir lagi untuk kembali berlakon dalam waktu terdekat. Anak kedua dulu bila dia dah berumur lapan bulan baru saya masuk ke set drama semula.

“ Cuma kalau ada tawaran telemovie yang memerlukan saya berada di set untuk satu atau dua hari sahaja, boleh lah dipertimbangkan,” katanya kepada XTRA.

Dalam masa sama, pelakon jelita ini ketika ditemui di majlis ulang tahun pelakon Dazrin dan isterinya, Zulin turut berkongsi tips langsing walaupun sudah beranak tiga kali sebelum ini.

“ Sewaktu mengandung, berat saya hanya naik sehingga 60 kilogram sahaja. Saya sasarkan untuk turun sebanyak tujuh kilogram lagi.

“ Ramai yang tanya bagaimana saya susut dengan begitu cepat. Dari anak pertama sampai anak ketiga, saya tidak pernah abaikan penjagaan pendalaman.

“ Saya amalkan aktiviti berpantang seperti bertungku, tangas, berurut dan mandi rempah, semuanya dilakukan setiap hari. Saya juga dijaga oleh individu berpangalaman menjaga orang dalam pantang. Nasihat saya kepada wanita sedang berpantang, jangan ambil remeh hal ini. Badan nak pakai lama, ambil berat mulai sekarang,” akhirinya.

Linda dan Beego berkahwin pada 8 Jun 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata, Jelita Clarissa, 5, dan Anggun Cassandra, 4 dan Indah Camella.

Oleh: SGMS Fas

SGMS Faida