Categories: HiburanSelebriti

‘Majlis Kahwin Kali Ini Bakal Lebih Sederhana’- Fasha Sandha

Tinggal beberapa minggu lagi, pelakon Fasha Sandha bakal bergelar isteri kepada tunangnya, Aidil Aziz.

Fasha ketika ditemui di Majlis Pelancaran Drama Festival Kuala Lumpur 2019 mengakui tidak begitu beriya dalam menyediakan persiapan berbanding bakal suaminya.

“ Biarpun Tarikh sudah dekat, jujur saya katakan persiapan di belah keluarga baru siap 20 peratus. Masih banyak yang perlu dilakukan. Bukan tidak mahu berkongsi lebih lanjut tentang persediaan.

“ Saya juga baru habis penggambaran untuk sebuah drama. Selepas ini saya akan fokus menghabiskan hal yang patut. Perasaan gementar itu ada cuma kurang beriya memandangkan ini perkahwinan kali kedua,” katanya tenang.

Pelakon berusia 35 tahun ini turut memberitahu perasaan kurang beriya bukan hanya dialami sendiri tetapi dia yakin wanita yang berkahwin kali kedua turut berasa hal yang sama.

“ Jangan salah faham, kurang beriya tidak bermaksud saya tidak bersemangat untuk bergelar isteri semula. Maksud saya, perkahwinan kali kedua ini bakal jadi lebih sederhana.

“ Saya percaya wanita yang pernah berada dalam situasi seperti saya juga akan merasai perkara sama,” katanya.

Baru-baru ini, pasangan selebriti ini juga telah menjalani kursus kahwin bersama.

 Kami mendoakan agar urusan Fasha dan Aidil dipermudahkan hingga ke jinjang pelamin. Insya Allah!

SGMS Faida