Categories: Filem

Trending di Twitter! Kenapa dengan pengakhiran Filem Misteri Dilaila?

Siapa tidak mengenali figura Syafiq Yusof, anak kepada pengarah terkenal Dato Yusof Haslam. Buat korang yang tak tahu, Syafiq Yusof kini semakin dikenali setelah filem-filem arahan beliau mendapat tempat di hati para peminat. Tahniah, pengarah muda!

Namun, apa yang menjadi tanda tanya di laman Twitter adalah apabila ending filem arahan terbaru beliau iaitu Misteri Dilaila menjadi trending dan dihujani pelbagai persoalan daripada netizen di Twitter. Apa yang berlaku sebenarnya? Malah status yang dimuat naik di laman Twitter Syafiq sendiri seakan menjadi tanda tanya.

Sumber:https://twitter.com/syafiqyusof/status/1098617672126717952

Filem Misteri Dilaila yang baru sahaja ditayangkan pada 21 Februari ini mula trending di Twitter dan rata-rata peminat memberikan komen positif terhadap filem anak muda ini. Ini antara komen-komen peminat di Twitter!

Sumber:https://twitter.com/ifhsydn/status/1098860341495099392

Sumber:https://twitter.com/faiz_syarizan/status/1098929705384796160

Sumber:https://twitter.com/haziqgo/status/1098875615090925568

 Eh, macam mana pula tu boleh ada 2 versi dalam 1 filem? Wow, memang plot twist habis ni. Buat korang yang tak tahu filem arahan Syafiq Yusof ini dibintangi oleh Zul Ariffin, Elizabeth Tan dan Sasqia Dahuri. Filem thriller ini mengisahkan kisah misteri yang menghantui hidup pasangan suami isteri, Jefri (Zul Ariffin) dan Dilaila (Elizabeth Tan) apabila mereka bercuti di sebuah banglo di Bukit Fraser. Pelbagai kejadian aneh mula berlaku setelah kehilangan Dilaila.

Jom, kita sama-sama layan trailer fiem ini!

 

Ad Ops