“Mak Cik Bawang Di Sana Mulutnya Mengerikan!”- Dikritik Sebab Bergelek Tengah Jalan, Netizen Indo Label Baby Shima ‘Kalis Kecaman’

Penyanyi Baby Shima sekali lagi tampil dengan kontroversi baru apabila memuat naik video di laman Instagram miliknya yang menunjukkan beliau sedang melintas jalan sambil bergelek dihadapan menara berkembar Petronas, KLCC.

Tindakannya itu sekaligus membuatkan ramai pihak berasa kurang senang dan menganggap beliau sengaja mencetuskan kontroversi semata-mata mahu mendapatkan perhatian.

Bagaimanapun, menurut Baby Shima atau nama sebenarnya, Nor Ashima Ramli, 30, tindakannya itu sekadar mengambil inspirasi daripada Citayam Fashion Week yang kini sedang viral di Indonesia.

 

Menjengah diruangan komen milik penyanyi itu, terdapat segelintir netizen Malaysia mengkritik tindakan Baby Shima kerana menganggap ia tidak sesuai dilakukan terutamanya dikhalayak ramai bagaimanapun, lain pula respon yang diterima oleh pengikutnya di Indonesia.

Sekadar makluman, Citayam Fashion Week adalah trend yang dimulakan oleh anak-anak muda kdi Indonesia dengan menggayakan busana mereka di kawasan terbuka di sekitar Jakarta Pusat, Indonesia.

 

Sumber: Gempak

Salma Syahbuddin