Makhluk Lain Pun Perlukan Kasih Sayang” – Julia Farhana Nafi Bela Anjing?

Pelakon Julia Farhana tampil menjelaskan dakwaan kononnya dia membela anjing di rumahnya sehingga menyebabkan peminat dan warganet berasa kurang senang dengan tindakannya itu.

Menurut Julia, 28, tindakannya itu hanyalah sekadar membantu haiwan tersebut mendapatkan tempat perlindungan sementara sekaligus merawat penyakit kulit yang dialami.

“Saya tak tahu dari mana datangnya kenyataan yang mengatakan saya membela anjing. Sebenarnya saya tak bela, saya jaga sementara sahaja dan dia pun ada keluarga baru.

“Saya jaga dia untuk beberapa bulan dan untuk masa yang sangat pendek saya beri dia apa yang dia perlukan.

“Bukan saya yang jaga, kami ada pembantu dari Filipina. Jadi kami tak pernah pun main dengan dia, saya cuma tumpangkan tempat sahaja. Alhamdulillah dia tak ambil masa yang lama untuk pulih,” katanya.

Julia berkongsi mengenai perkara itu menerusi temu bualnya di Instagram portal hiburan popular baru-baru ini.

 

Tidak melenting dengan kontroversi yang timbul, pelakon  filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang itu bagaimanapun mengaku khilaf apabila haiwan tersebut berada di kediamannya walaupun hanya diletakkan di kawasan halaman rumah sahaja.

“Kalau kita tengok, makhluk lain pun perlukan kasih sayang, attention. Tapi saya belajar daripada kesilapan mungkin cara saya salah.

“Mungkin saya sepatutnya sewa hotel atau menyewa satu ruang khas untuk melindungi anjing tersebut. Itu pun saya belajar dari suami saya.

“Tapi kadang-kadang kita tak terfikir tau pasal benda tu. Jadi saya belajar dari kesilapan saya dan saya masih lagi membantu anjing-anjing yang memerlukan bantuan tapi bukanlah di halaman rumah saya,” jelasnya.

 

Sumber: @officialhlive

Salma Syahbuddin