Hiburan By: Del14 September 1, 2019 @ 7:54am

“Malaysia Bersih” Tema Yang Tepat – Fazura

Selebriti tanah air Nur Fazura Sharifuddin atau lebih dikenali sebagai Fazura memiliki pandangannya yang tersendiri berhubung tema yang diangkat bagi tema Hari Kebangsaan yang ke-62 tahun ini iaitu “Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih”. 

Mungkin ada rakyat Malaysia tertanya-tanya, kenapa ‘bersih’? Adakah ia merujuk kepada kebersihan alam sekitar semata-mata memandangkan sejak akhir-akhir ini para aktivis begitu aktif menjalankan kempen bebas ‘straw’ dan bebas plastik? Ia sebenarnya lebih dari itu.

Kita diseru supaya memupuk jati diri dan integriti yang tinggi dan bersih memandangkann negara juga kerap-kali disogok dengan berita dakwaan rasuah yang berlaku saban hari dari pelbagai kelompok masyarakat. 

 

Bersihkan ‘hati’ dan sentiasa positif – Fazura

 

Menurut Fazura yang juga wanita kelahiran Pekan, Pahang dalam sesi fotografi bersama Kosmo! baru-baru ini, Fazura lebih menekankan ‘hati’ sebagai aspek kebersihan yang perlu diambil berat oleh masyarakat sekarang memandangkan masyarakat sering buruk sangka dan boleh berlaku keterlaluan apabila menegur seseorang di laman sosial, sama ada artis atau tidak.

”Pada pendapat saya, ‘Malaysia Bersih’ satu tema yang bertepatan dengan masyarakat zaman sekarang.

”Bersih bukan hanya pada kotoran fizikal tetapi melibatkan kebersihan nurani sebagai seorang individu atau manusia.

”Sekarang, zaman media sosial yang semakin berleluasa membuatkan ramai orang semakin busuk hati. Mereka menjadi sangat negatif dengan apa sahaja yang dilihat terutama dalam media sosial,” luahnya.

 

Fazura juga berpendapat bahawa negara telah pun mencapai kemerdekaan selama 62 tahun, jadi arus pemikiran masyarakat juga seharusnya lebih terbuka dan positif terutama sekali di dunia moden di mana segala informasi adalah di hujung jari. Beliau menyeru peminat agar lebih banyak bersangka baik dan cuba melihat sesuatu perkara atau perkongsian dalam media sosial secara positif dan tidak hanya menggunakan media sosial untuk menghentam mana-mana individu, sama ada mereka terlibat di dalam bidang seni atau pun tidak.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 29 Aug 2023
Featured Thu, 14 Oct 2021

Ini Apa Yang Diperkatakan Siti Saleha Selepas Memfailkan Perceraian

Selepas mengesahkan dirinya memfailkan perceraian terhadap suaminya, pelakon jelita, Siti Saleha dilihat masih tenang berhadapan dengan situasi yang terjadi. Menerusi laman Instagram, Saleha memuat naik foto bersama kapsyen ‘I’m good’ sekaligus memberi bayangan dirinya dalam […]

Hiburan Wed, 29 May 2019

High Heels VS Sneakers, Mana Satu Pilihan Ara Johari?

Ara juga belum bercadang tampil dengan imej berambut panjang memandangkan selesa dengan imej begini.

Featured Tue, 28 Mar 2023

Berlaku Sedikit Kekecohan, Diana Danielle Tepis Pelukan Farid Kamil

Allahu situasi tegang apa yang berlaku tadi? 🥵 Hmm min harap hubungan pasangan ini dapat selesaikan dengan baik

Featured Thu, 17 Nov 2022
Hiburan Fri, 29 Mar 2019

Dua Lipa and Hael Husaini Kissed?!

Wow, who would have thought…

Featured Fri, 24 Sep 2021
Hiburan Wed, 9 Jan 2019

Penyanyi ‘Dear Future Husband’ Sudah Bergelar Isteri, Tahniah!

Awwww…selepas berkenalan selama lima tahun, akhirnya!