“Mamu Dengan Siapa Tu?” – Tonton Konsert Bersama, Sharnaaz Ahmad Sudah Ada Teman Wanita?

Pelakon Sharnaaz Ahmad dikatakan hadir menonton konsert Malam Bulan Bintang bersama seorang wanita.

Menerusi perkongsian di TikTok @bulanbintangsite, Sharnaaz atau lebih mesra disapa Mamu duduk bersebelahan dengan pelakon Beto Kusyairy dan isterinya serta barisan pelakon lain seperti Nadhir Nasar dan Mierul Aiman.

Dalam video tersebut, mereka turut menyanyi bersama lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi Datuk M Nasir yang berjudul Tanya Sama Itu Hud Hud.

Ketika menyanyikan lagu itu, Sharnaaz melihat ke arah wanita tersebut dan ia membuatkan temannya itu terhibur.

@bulanbintangsite Ismet brothers! #malambulanbintang #bulanbintang #nadhirnasar #mierulaiman ♬ original sound – bulanbintangsite – Fatin Jual Bulan Bintang

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menimbulkan rasa tanda tanya tentang gerangan wanita di sebelah Sharnaaz.

“Mamu dengan siapa tu?

“Aku fokus dekat Mamu. Tapi sebelah dia siapa tu?

“Sharnaaz dengan siapa tu hehehe,” komen netizen.

Konsert Malam Bulan Bintang yang dianjurkan oleh jenama baju Melayu Bulan Bintang itu berlangsung Sabtu lalu dan menampilkan nama-nama besar seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk M Nasir, Salammusik, Faizal Tahir, Opick, Sabyan dan ramai lagi.Pelakon Sharnaaz Ahmad dikatakan hadir menonton konsert Malam Bulan Bintang bersama seorang wanita.

Menerusi perkongsian di TikTok @bulanbintangsite, Sharnaaz atau lebih mesra disapa Mamu duduk bersebelahan dengan pelakon Beto Kusyairy dan isterinya serta barisan pelakon lain seperti Nadhir Nasar dan Mierul Aiman.

Dalam video tersebut, mereka turut menyanyi bersama lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi Datuk M Nasir yang berjudul Tanya Sama Itu Hud Hud.

Ketika menyanyikan lagu itu, Sharnaaz melihat ke arah wanita tersebut dan ia membuatkan temannya itu terhibur.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menimbulkan rasa tanda tanya tentang gerangan wanita di sebelah Sharnaaz.

“Mamu dengan siapa tu?

“Aku fokus dekat Mamu. Tapi sebelah dia siapa tu?

“Sharnaaz dengan siapa tu hehehe,” komen netizen.

Konsert Malam Bulan Bintang yang dianjurkan oleh jenama baju Melayu Bulan Bintang itu berlangsung Sabtu lalu dan menampilkan nama-nama besar seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk M Nasir, Salammusik, Faizal Tahir, Opick, Sabyan dan ramai lagi.

Maya Basir