“Chill Boleh Kan?” – Didakwa Dapat Tiket Percuma Konsert Blackpink, Ini Respons Ayda Jebat!

Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat tampil membuka mulut selepas didakwa meminta tiket percuma ke konsert Blackpink pada Sabtu lalu.

Jelas Ayda, suaminya, pengacara Nabil Mahir telah lama membelikan tiket konsert tersebut kepadanya sebagai hadiah hari jadi.

Pada awalnya, Nabil berhasrat membeli tiket VIP namun ia telah habis dan hanya sempat membeli tiket di bahagian CAT 1.

Walaubagaimanapun, beberapa hari sebelum konsert, Ayda mendapat tiket barisan VIP yang dihadiahkan kepadanya oleh sebuah syarikat aplikasi e-dompet dan menganggap ia sebagai rezeki.

“Yang kata Ayda Jebat tunggu ticket free baru pergi! Boo! Aduh… Shuben kita belikan dah lama wak. Berusaha Nabil beli duk depan PC macam korang. VIP dah habis, dapat CAT 1 pun dah happy! My birthday present.

“But few days ago @myboostapp bagi hadiah to me VIP seat because… *okay ni nanti announce but ya, my rezeki! Alhamdulillah,” kata Ayda.

Dalam pada itu, Ayda turut berkongsi keratan artikel yang menceritakan tentang suaminya membeli tiket Blackpink pada November tahun lalu dan meminta orang yang semberono menuduhnya untuk membaca artikel tersebut.

“Chill boleh kan? Okay click la baca artikel ni. November dah keluar artikel ni sis. Daripada iri hati cari salah orang baik perbaiki diri sendiri. Ok bye,” kongsinya.

Terdahulu, nama Ayda dipetik oleh warganet yang mendakwa penyanyi lagu Pencuri Hati itu mendapat tiket percuma untuk menghadiri konsert Blackpink.

Atiqah Johari