Mana Ada Jual Telekung, Kosmetik Ada Lah!

Terkejut dengan dakwaan peminat dari Indonesia yang menuntut telekung daripadanya, penyanyi Izzue Islam tampil dengan penjelasan!

Menurut Izzue, dia terkejut apabila ramai yang menghantar ‘direct message’ di akaun Instagramnya untuk menuntut telekung.

“ Sudah tentu saya terkejut. Apa yang lebih memeranjatkan, semua yang DM berasal dari Indonesia. Ada yang merayu kepada saya untuk memulangkan duit mereka.

“Setelah disiasat, mereka membuat pembelian di akaun facebook (fb) palsu yang menggunakan nama Lizzue Izzue Lislam,” katanya.

Tegas Izzue, pihaknya tidak pernah menjalankan sebarang perniagaan menjual telekung.

“ Saya hanya menjual produk kosmetik bernama Lookalike.

“ Saya tak akan berdiam diri dan akan membersihkan nama. Saya dituduh menipu dan mereka sudah mula tidak mempercayai saya, malah mahu membuat laporan polis di Indonesia mengenai kes ini,” katanya yang akan bertindak agar tiada lagi yang menjadi mangsa.

SGMS Faida