Marsha Selesa Tinggal Sebumbung Bersama Mentua

Jarang sekali pasangan suami isteri mahu tinggal bersama mentua kan? Berbeza pula dengan penyanyi dan pelakon, Marsha Milan Londoh, yang sudah terbiasa dan selesa tinggal sebumbung bersama mentuanya.

Menurut isteri kepada usahawan, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail, dia tidak pernah menjadikan perkara itu sebagai isu kerana sudah hampir tiga tahun mereka mendirikan rumahtangga.

“Sebelum bernikah, suami selalu membawa saya bertemu ahli keluarganya. Daripada situ, saya mula belajar membiasakan diri. Alhamdulillah, saya tiada masalah, sebaliknya gembira apabila ahli keluarga menetap sama.

“Bayangkan apabila 12 orang menetap di rumah yang sama, memang gamat jadinya. Apabila semua berkumpul, terutama pada musim perayaan, riuh-rendah dibuatnya.” Katanya

 

Sumber: Instagram @marshamilan

Bila ditanya mengenai cahaya mata, Marsha akui menyimpan hasrat untuk mempunyai zuriat sendiri, namun masih tidak mempunyai rezeki dan hanya berserah kepada Allah.

“Belum ada rezeki lagi ke arah itu. Mungkin Allah mahu melihat sejauh mana saya bertahan mengharungi ujian hidup. Saya dan suami sentiasa bersabar, malah tidak pernah mengalah untuk terus berusaha.

“Tuhan lebih tahu apa yang terbaik untuk kami berdua, maklumlah sebelum ini, saya hampir sebulan tidak bertemu suami kerana sering berulang-alik ke Sabah untuk konsert dan promosi single terbaru.

“Kami ibarat bercinta jarak jauh, tetapi mujur suami faham dan tidak menghalang minat saya.” Jelas Marsha

 

Ad Ops