Tukang Masak Tak Dengar Cakap Punca Restoran Chef Wan Tutup?

Selepas setahun beroperasi, chef terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan menghentikan operasi restorannya di Singapura.

Mungkin ramai yang terkejut dengan penutupan restoran ini memandangkan ia dimiliki oleh seorang chef terkenal kan?

Menurut Chef Wan, antara faktor yang menyebabkan restoran ini ditutup adalah masakan yang disediakan tidak mengikut resipi beliau.

“ Hal ini mungkin berada di luar kawalan saya. Saya tidak kata tukang masak Singapura bagus atau tidak.

“ Namun chef-chef yang bekerja di situ tidak menghasilkan masakan mengikuti resipi-resipi saya. Berbuih cakap hari-hari hantar gambar,” katanya.

Akur dengan keputusan di mana penutupan adalah jalan terbaik, Chef Wan akui tidak berasa kesal malah lega.

“ Kalau boleh nak sedekah pisang kat masjid. Jadi tak payah pening kepala. Tak payah tengok macam mana chef-chef Singapura itu nak kena maki hamun siang malam pun tak buat jugak,” katanya.

Difahamkan Chef Wan’s Kitchen yang dibuka pada Julai 2017 itu merupakan kerjasama Chef Wan dengan rakan kongsi di Singapura.

SGMS Faida