Kini Fathia Sudah Hilang Sabar?

Kontroversi Bigo Live yang menghimpit pelakon Fathia Latiff masih tidak dapat dilupakan oleh segelintir peminat-peminatnya. Namun sudah menjadi lumrah, sesiapa yang bergelar anak seni pasti akan terpalit dengan gosip yang sedikit sebanyak mampu menaikkan nama seseorang artis tersebut.

Namun, bagi Fathia Latiff beliau sudah tidak tahan lagi dengan ‘mulut-mulut bawang’ netizen, sehinggakan beliau telah memuat naik status dilaman twitter miliknya.

Menurut Fathia, mereka yang selalu mencari keburukan orang lain sebenarnya orang yang paling malang dalam dunia. 

Sudah lama nampaknya berdiam diri, pelakon itu kini sudah hilang sabar. Bagaimanapun, Fathia sudah berjanji ingin berubah ke arah yang lebih baik dan netizen seharusnya mendoakan dan memberi sokongan terhadap perubahan tersebut tanpa perlu mengungkit kisah silamnya.

Apa-apapun kami di Xtra mendoakan yang terbaik buat Fathia Latiff! 

Ad Ops