Masih Jalani Rawatan Kemoterapi, Elyana Ucap Terima Kasih Kepada Penderma Darah – “Tak Ternilai Jasa Anda…”

Walaupun sudah bebas dari kanser limfoma, penyanyi Elyana masih lagi menjalani rawatan kemoterapi yang berbaki lagi satu sesi.

Menerusi perkongsian di Instagram, Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, 35, turut berkongsi perkembangan kesihatannya yang bertambah baik.

“Alhamdulillah! Selesai chemo. Ada balance satu kali lagi… Result darah Alhamdulillah bagus…liver, paru-paru semua cun…

“But darah merah je kurang sikit 11…tapi banyak beza masa beberapa bulan lepas bacaan dia 7 je. Masa tu kena masuk darah,” tulis Elyana.

Elyana turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada penderma darah yang berjasa untuk dirinya melalui perkongsian tersebut.

“Thank you kepada yang selalu menderma darah…tak ternilai jasa anda. Love you!,” ucapnya.

Selain itu, ramai juga yang memanjat rasa syukur dan mendoakan agar kesihatan penyanyi Kalis Rindu itu bertambah baik.

“Alhamdulillah, Moga kesihatan Nana bertambah baik. Aamiin,” tulis seorang peminatnya.

“Semoga selepas balance 1 lagi semuanya normal,” komen seorang pengikutnya.

Fatin Nurain