Hiburan By: Fatin Nurain June 27, 2023 @ 9:54am

Masih Utuh Biarpun Tiada Abam, Bocey Akan Kembali Beraksi Di Konsert Muzika Lawak Nusantara 19 Ogos Ini

Pelawak Fad Bocey mengakui dia bersama rakan seperjuangaannya, Achey sudah jarang menerima tawaran untuk muncul di program besar di kaca televisyen sejak pemergian salah seorang ahli kumpulannya, Abam.

Terdahulu, Abam telah meninggal dunia pada 10 Februari 2020 akibat demam panas.

Menurut Fad, mungkin ada yang menyangka kumpulan itu sudah terkubur dan hilang taringnya sejak pemergian Abam.

Namun, Fad menyatakan kejayaan mereka bertiga selama ini bukanlah terletak pada Abam sahaja, sebaliknya berpunca daripada keyakinan mereka sebagai ahli sepasukannya.

“Kali terakhir kami tampil di televisyen adalah semasa belasungkawa Abam di Meletop. Kalau dari persembahan, kami menerima jemputan persembahan ketika raya.

“Mungkin orang rasa bila salah seorang sudah tiada, maka Bocey akan hilang taring. Sedangkan apa yang menjadikan Bocey berjaya ialah sikap saling percaya antara satu sama lain.

“Mana-mana kumpulan pun bukan bergantung kepada seorang individu, tetapi keserasian yang dibina mereka dari awal sampai sekarang,” katanya.

Perkara tersebut telah didedahkan oleh Fad ketika ditemui di majlis sidang media Konsert Muzika Lawak Nusantara, baru-baru ini.

Dalam pada itu, pelawak itu juga menegaskan posisi arwah Abam dalam kumpulan itu sememangnya tiada pengganti, tetapi dia dan Achey masih lagi meneruskan perjuangan mereka untuk menghiburkan peminat.

“Ada peminat yang menyangka kami sudah berpecah. Kononnya Fad dan Achey sudah bawa haluan masing-masing.

“Kami sebenarnya masih menunggu peluang dan kami sentiasa percaya kepada Bocey walaupun ahlinya hanya tinggal berdua,” jelasnya.

Untuk perkembangan terkini, Fad dan Achey kembali mengubati kerinduan peminat dengan membuat kemunculan pertama berdua di Konsert Muzika Lawak Nusantara, pada 19 Ogos ini.

Konsert yang berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam itu juga bakal menyaksikan kumpulan Zero, Rina Nose, Sule dan Aziz Gagap.

ARTIKEL BERKAITAN: Tampilkan Bocey, Zero, Sule, Rina Nose & Ramai Lagi… Konsert Muzika Lawak Nusantara Gabung Pelawak 2 Negara

ARTIKEL BERKAITAN: Achey Masuk Hospital Gara-Gara Sakit Belakang Berpanjangan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 1 May 2019

Ustaz Hassan Din Meninggal Dunia, Al-Fatihah…

Dato Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz baru sahaja kembali bertemu dengan penciptanya. Ya Allah…

Hiburan Mon, 4 Dec 2023
Events Fri, 3 Jan 2020
Featured Sun, 20 Mar 2022
Hiburan Mon, 21 Jan 2019

Banyak Hutang Punca Vanessa Angel Terlibat Aktiviti Pelacuran

Vanessa Angel ditangkap di sebuah hotel di Surabaya pada awal bulan ini kerana dipercayai melacurkan diri dengan bayaran Rp25 juta (RM7,238) dan Rp80 juta (RM23,164).

Featured Tue, 14 Sep 2021
Trending Tue, 3 Aug 2021

i-Citra KWSP : Cara Semak Status & Syarat Pengeluaran

Boleh semak akaun ming-masing dah…

Hiburan Mon, 23 Apr 2018

Sherry Ibrahim Berhenti Berlakon?

Namun, Sherry kini kelihatan jarang sekali membintangi drama mahupun filem di kaca televisyen. Adakah kerana dia tidak laku? Ataupun dia membawa diri kerana merajuk dengan kisah cinta yang tidak berkesudahan?