“Mask DIY Lagi Tahan Dari Mask Kau…” Tali Face Mask Putus Ketika Sesi Live, Netizen Claim Mask Jenama Jovian Mandagie ‘Hauk’

Selepas dikecam netizen kerana mengeluarkan kenyataan mengenai isu pelitup muka ‘hauk’, kini pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie sekali lagi terpalit isu kontroversi melibatkan kualiti pelitup muka dibawah jenamanya, Jovian Mask.

Ia hangat diperkatakan selepas video live Jovian bersama duta produk, Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil mempromosikan pelitup muka tersebut.

Namun, secara terang-terangan tali pelitup muka berkenaan putus ketika Siti mahu memakainya sebelum tercampak ke lantai.

Bukan itu sahaja, dalam hantaran yang sama pelitup muka tersebut sekali lagi terputus apabila Jovian dilihat cuba merenggangkan pelitup muka berkenaan sebelum diberikan kepada Siti.

Justeru itu, ramai yang mendakwa bahawa pelitup muka jenama Jovian sebenarnya ‘hauk’ dan tidak berkualiti apatah lagi pengguna sering berdepan masalah seperti harga mahal, tali pelitup muka mudah putus dan berbulu.

 

ARTIKEL BERKAITAN:Dikecam Netizen Akibat Pelitup Muka ‘Hauk’, Jovian Mandagie Tampil Beri Penjelasan – “Tak Perlu Caci Maki Saya, Ramai Salah Faham..”

ARTIKEL BERKAITAN:“Undang-Undang SIRIM Dilakukan Untuk Banteras Pelitup Muka Kualiti Hauk Di Pasaran” – Jovian Mandagie

Salma Syahbuddin