Sering Tunjuk Sedih Hingga Didakwa Belum Move On & Meroyan, Isteri Shuk Dedah Sebabnya – “Cuma Harap Kesedaran Itu Wujud Buat..”

Kemelut rumah tangga pelawak Shuk Sahar dan isterinya, Rossa Sera acap kali menjadi perbualan netizen sehingga ada dalam kalangan mereka yang seakan ‘meluat’ dan menggelarkan Sera meroyan.

Dakwaaan tersebut timbul apabila Sera kerap memuat naik video-video yang memaparkan kesedihannya di akaun media sosial miliknya.

Tampil menjelaskan isu berkenaan, Sera memberitahu niatnya berkongsi perasaan sedih yang dilaluinya itu adalah untuk menjentik kesedaran kepada suaminya, Shuk yang dipercayai melepaskan tanggungjawab sebagai suami.

“Selama ini oramg cakap aku meroyan, tak move on, tak terima takdir. Tapi orang tak tahu aku buat semua untuk anak-anak.

“Aku cuma nak mereka dapat hak dan kasih sayang sepatutnya,” tulisnya dalam video berdurasi 14 minit itu.

Tambahnya lagi, Sera menyifatkan pengorbanannya dalam rumah tangga bersama Shuk seolah-olah hanya perjuangan yang sia-sia kerana dia memainkan dua figura penting dalam hidup anak-anaknya.

“Pengorbanan aku selama ini hanya seorang diri. Akulah bapa, akulah ibu.

“Aku cuma harap kesedaran itu wujud buat dia,” katanya.

Bagaimanapun, hantaran video tersebut tidak dapat dinyatakan dengan jelas ditujukan kepada siapa, namun ramai dalam ruangan komen percaya dan yakin ia ditujukan kepada suaminya, Shuk.

Meninjau di ruangan komen. ramai dalam kalangan netizen meluahkan rasa sebak dengan luahan isi hati Sera, malah mereka sempat menitipkan pesanan dan doa agar terus cekal dan tabah dalam mengharungi ujian berat ini demi anak-anak.

Tidak ketinggalan selebriti Puteri Sarah Liyana turut bersimpati dengan nasib yang menimpa Serra.

“My dear, u are very strong. And u did well. I don’t think you need to rely on him anymore or talk bout him anymore. Move forward because you are worth it. Know your worth,” tulis Sarah di ruangan komen.

Artikel Berkaitan: Dihenyak Netizen Akibat Isu Curang Tak Padan Dengan Muka, Shuk Sahar Akhirnya Bersuara – “Ramai Tak Faham Struggle..”

Artikel Berkaitan: Anak Menangis Rindukan Ayah, Netizen Tegur Shuk Sahar Agar Jadi Lelaki Bertanggungjawab

Artikel Berkaitan: Tak Layan Mesej Di WhatsApp, Isteri Shuk Sahar Kini Dah Mulakan Hidup Baru?

Aqilah Paharuzi