“Masya-Allah, So Cute Bibir Tu…”- Comelnya! Elfira Loy Kongsi Wajah & Nama Anak Kedua

Selepas genap tujuh hari kelahiran puteri sulung bagi pasangan Elfira Loy dan Faris Khairul Anuar, kali ini pelakon dan pengacara itu berkongsi nama anak kedua mereka kepada umum.

Memilih nama Nur Aria Mikayla, Elfira Loy atau nama sebenarnya, Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 29, turut berkongsi foto wajah puteri kesayangan mereka.

“BismillahiMashaAllah, pada 20 Mei kami telah diberikan rahmat dengan kelahiran  puteri kami. Assalamualaikum ya Nur Aria Mikayla Muhamad Faris.

“Doa adalah penguat setiap harapan. Doakan puteri kami menjadi antara pemudi solehah yang diberikan kerahmatan berpanjangan , kasih sayang yang tidak henti , tidak putus rezeki didunia & diakhiratnya lagi dihiasi dengan kilauan kebaikan budi dan ketinggian pekerti. Amiin Yarabbalalamin” tulisnya.

Menjengah di ruangan komen pula, rata-rata rakan artis dan juga peminat memuji kecomelan yang dimiliki puteri sulung pasangan itu dek kerana mempunyai bibir yang mungil.

Untuk rekod, Elfira Loy dan Faris telah mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2019  dan dikurniakan dengan dua orang cahaya mata iaitu, Muhammad Rayyan Khalaf, 3 dan Nur Aria Mikayla.

 

Salma Syahbuddin