MATA Menang Lagu Terbaik APM 2018, Ayda Jebat Terkejut Sampai Tersalah Cakap?

Kejayaan lagu Mata nyanyian Ayda Jebat dalam kategori Lagu Terbaik Malaysia pada malam Anugerah Planet Muzik (APM 2018) ternyata memberi kejutan.

Sebelum ini, lagu Mata ciptaan Audi Mok dan Shazee Ishak ini pernah mencetuskan kontroversi setelah dicalonkan di peringkat separuh akhir Muzik-Muzik yang diadakan pada tahun lalu tetapi gagal ke pentas akhir.

Kemenangan tersebut sekali gus mengetepikan empat pencabar lain iaitu Nama Yang Kau Lupa nyanyian kumpulan rock legenda, Search, Senyum (As’ad Motawh), Separuh Matiku Bercinta (Dayang Nurfaizah) dan Superfly (Mimifly).

“ Ini merupakan anugerah pertama untuk kategori ini yang pernah saya dapat. Saya percaya muzik yang bagus boleh diterima di mana saja walaupun bukan di Malaysia,” kata Ayda teruja.

Dalam pada itu, penyanyi Adibah Noor ‘mengusik’ di laman Twitternya memberitahu kebiasaanya pencalonan program anugerah muzik disenarai akhir yang dijurikan daripada penyertaan lain.

“ You kena hantar lagy untuk sertai. So…Bukan soal diterima di Malaysia atau tidak. Apa-apa pun, tahniah sebab menang,” tulisnya ringkas.

 Kredit: Memespuaka

SGMS Faida