Meiska Luahkan Rasa Hati Dalam ‘Hilang Tanpa Bilang’

Nama yang bukan lagi asing dalam kalangan pendengar muzik Indonesia Meiska Adinda, atau lebih dikenali sebagai Meiska melancarkan single pertama daripada Sony Music Entertainment Indonesia, Hilang Tanpa Bilang.

Finalis pertandingan nyanyian popular, The Voice Kids Season 3, berkata bahawa pihak label rakam telah memberikan dia beberapa lagu untuk dipilih namun sebaik sahaja mendengar Hilang Tanpa bintang, dia tertarik dengan lagu tersebut.

“Oleh itu, agak senang untuksaya menjiwai lagu ini dengan sebaik mungkin. Pada pendapat saya, adalah sangat penting untuk mengaitkan penceritaan lagu dengan diri sendiri agar kita dapat menyampaikannya dengan ikhlas dan jujur,” jelasnya.

Menurut Meiska, Hilang Tanpa Bilang mempunyai kisah yang sering dilalui oleh pasangan bercinta masa kini dimana
sang kekasih tiba-tiba menghilang kan diri secara mengejut.

“Ia adalah hubungan di mana lelaki dan wanita itu telahpun rapat, mereka banyak berbual dan keluar bersama. Namun tiba-tiba lelaki itu bertindak untuk menghilangkan diri walhal dialah yang mula berusaha untuk memenangi hati teman wanitanya. Bayangkan perasaan wanita tersebut, tentunya sakit apabila ditinggalkan begitu saja tanpa sebarang penjelasan. Itulah kisah utama dalam lagu pertama saya ini,” katanya.

Tambah Meiska, proses menyiapkan lagu Hilang Tanpa Bilang mengambil masa sebulan setengah tanpa sebarang kesulitan. Terdapat sesetengah bahagian yangdiubah suai mengikut kesesuaian vokalnya agar kedengaran lebih baik.

Penyanyi muda yang mengimpikan kolaborasi bersama Raisa, Afghan dan Rossa Itu Berharap agar lagunya dihargai oleh pencinta muzik dan mereka yang merasai kisah percintaan sama seperti dirinya.

Lagu pertama Meiska, Hilang Tanpa Bilang kini tersedia di platform muzik digital kegemaran anda.

Izzi Farhana