“Memang Patut Bapak You Mati” – Menantu Bengang Dengan Anak Zainal Abidin, Dedah Suami Ditanggung Bapa Mentua?

Isteri kepada pemain bola sepak Zaiza Zainal Abidin, Suzur Sofia atau mesra dikenali sebagai Sofia Smeth mendakwa bahawa suaminya pernah mengeluarkan kenyataan bapa wanita itu patut meninggal dunia daripada mengetahui sikap anak perempuannya.

Menantu kepada bekas jurulatih bola sepak popular Datuk Zainal Abidin Hassan itu mendakwa perkara terbabit menerusi hantaran terbaharu di laman TikTok.

“Memang patut bapak you mati dari dia tau perangai you ni jenis betina apa.”

Bukan itu sahaja, Sofia turut mendakwa bahawa arwah bapanya juga yang menyara Zaiza yang dilabel sebagai ‘biawak hidup’.

“Arwah bapak aku la yang sara biawak hidup. Setiap bulan bagi cucu duit. Sekurangnya bapa aku meninggal dengan hati tenang sebab anak-anak dia semua bekerja, berdikari dan boleh berdiri sendiri.

“Bersyukurlah bapa kau masih hidup. Kau pun akan berada di tempat aku pada suatu hari yang mana akan kehilangan orang tua. Cumanya tidak tau bila masanya. Ajal maut semua kuasa Allah. Mulut jangan kurang ajar,” balas Sofia.

Malah, Sofia menyatakan bahawa bapanya juga tak mahu bermenantukan Zaiza.

Sofia turut mendakwa Zaiza lupa diri kerana arwah bapa mentuanya yang banyak membantu ketika masih hidup.

“Bapak aku pun tak nak bermenantukan kau. Kau ungkit, kau sebut bapak aku yang kubur dia masih berdarah lagi. Kau lupa yang bapak aku serahkan aku ke engkau, anak kesayangan, anak sulung dia. Ada kau tunaikan tanggungjawab kau?

“Kau lupa yang bapa aku banyak tolong ketika arwah masih hidup. Kau menjawablah dengan bapak aku. Mohon ikut arwah bapa aku kalau kau nak sangat ungkit arwah bapa aku,” tulisnya lagi.

Terdahulu, timbul isu di mana Sofia dituduh curang oleh suaminya gara-gara bekerja sebagai pramugari.

Artikel Berkaitan: “Mana Buktinya?” – Disebabkan Kerjaya, Menantu Zainal Abidin Bengang Didakwa Curang?

Atiqah Johari