“Memang Ramai Jenis Mulut Puaka Macam Ni” – Aishah Sekolahkan Netizen Dakwa Dirinya Sakit

Penyanyi Datuk Aishah tampil bersuara dengan menyelar netizen yang meleparkan kata-kata negatif terhadap dirinya.

Menerusi hantaran di Instagram, Aishah menjelaskan keadaan dirinya yang sebenar dan menyelar segelintir warganet yang mendakwa dirinya sakit dek kerana fizikalnya kelihatan tidak seperti sedia ada dalam sebuah video.

“Beberapa hari lepas I uploaded video soundcheck utk satu persembahan minggu lepas. Memang I akui masa soundcheck tu, I tak berapa sihat dan baru balik trip. Kepenatan dari trip di mana I drive berjam2 membuatkan I kurang mood nak dress up utk soundcheck.

”Lagipun masa tu dah mula batuk dan demam.Tapi like they say, ‘the show must go on.’ Tapi notice ramai juga yg komen sesedap jari nak taip, jenis-jenis macam ni rasanya memang patut kena maki dik Diva AA,” jelas Aishah.

Dalam hantaran sama, pelantun lagu Janji Manis Mu itu turut sekolahkan warganet dengan memberi pesanan agar lebih baik diam jika tiada benda baik ingin ditulis.

“Ada yang kata, ‘dah tak tentu arah bila kurus.’ “lagi cantik masa gemuk’.

“Korang punya mak bapak tak ajar ye, kalau tak ada benda baik nak cakap atau taip baik diam. Diorang tak ajar ye? Ok meh I tolong ajarkan.

“Segala yang kita komen nanti akan ditanya di akhirat, jadi lebih baik kalau tak ada benda baik nak tulis, baik diam saja. Tak perlu nak sakitkan hati orang lain. Susah nanti nak cari orang tu minta maaf di akhirat nanti.

“Memang ramai ye jenis mulut puaka macam ni. I cannot brain,” luahnya.

Aishah juga turut memuat naik foto yang menunjukkan perbezaan dirinya pada hari sama.

”Haaa gambar dua ni di ambil pada hari yang sama, sebelah kanan masa soundcheck dan sebelah kiri malam persembahan tersebut,” tutupnya.

Terdahulu, segelintir warganet mengkritik penampilan Aishah yang didakwa seolah kelihatan ‘sakit’ menerusi sebuah muat naik minggu lalu.

Khairil Khusyairi