[VIDEO] Asad Motawh Didakwa Sindir Ismail Izzani, Netizen Nasihat Jangan Keruhkan Keadaan – “Sekarang Dia Kena Uji, Tunggu Turn Awak”

Nama penyanyi Ismail Izzani menjadi tumpuan dan bualan hangat dalam kalangan warganet apabila terpalit dengan isu yang kurang menyenangkan di laman sosial baru-baru ini.

Namun begitu, dilihat penyanyi Asad Motawh memuat naik sebuah video di akaun TikToknya yang didakwa menyindir Ismail Izzani.

Apa yang menarik perhatian ialah Asad menggunakan lagu penyanyi tersebut berjudul Sabar sebagai muzik latar dengan kapsyen berbentuk sindiran.

“Sedap pula lagu ni,” tulisnya ringkas diruangan kapsyen.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet seakan memahami apa yang Asad cuba sampaikan dan terhibur dengan tindakannya.

Tidak kurang juga ada yang menasihati Asad untuk tidak menyindir dan keruhkan lagi keadaan kerana risau akan terjadi perkara yang sama kepadanya.

Sehingga kini, video perkongsian tersebut meraih lebih 210,000 tontonan dan lebih 18,000 tanda suka.

Atiqah Johari