Categories: Hiburan

Memey & Abby Abadi Sakit Sama-Sama Seperti Berjanji!

Terbaru di Instagran Norman Hakim, Memey dikatakan mengalami keracunan makanan tetapi dibenarkan pulang. Lain pula dengan Abby Abadi ditahan di wad atas sebab yang sama iaitu keracunan makan dengan demam panas.

Norman meminta agar dapat mendoakan Memey dan Abby cepat sembuh dan sempat menasihati agar masing-masing menjaga kesihatan dengan keadaan cuaca yang tidak menentu.

“Syafakillah to both of them mummy @memeysuhaiza mama @abby_abadi112 .Tak tau la dua2 merayap mana,salah makan kena food poisoning,dua2 muntah + cir bir serentak.Cuma mamanya kena admitted sebab high fever,mummy tak admit tapi kena jaga2 jugak,” tulisnya.

“Mohon doakan dua2 mama & mummy kepada anak2 kitaorang ni diberi kesembuhan ye.Payah wooo takde diorang ni nak urus kerja,nak urus anak bagai…patah segala kaki,tangan,sayap semua…phewhhh,” tambahnya lagi.

Kalau dilihat dari Instagram Abby pula seperti kembar pula , Memey dan Abby. Ini kerana kebanyakan perkara dilakukan bersama sehinggakan sakit pun masa yang sama. 

“Alhamdullillah Memey pun sihat dah. Samalah dgn kita. Sikit lagii tinggal saki baki je ni hihi.

“Doakan esok kita keluar k. Sbb 13hb kita ada kerja sesama kan hehe.. jumpa nnti.

“(Recap)Ps: Shopping bersama, makan bersama, marilah kita duduk hospital bersama2 juga,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Admin doakan agar kedua selebriti Memey dan Abby kembali sihat seperti sedia kala

SGMS Enal