Categories: HiburanSelebriti

Uqasha Senrose Kongsi Rahsia Kulit Sihat Dengan Peminat

Tidak mahu ‘kedekut’ ilmu, pelakon jelita Uqasha Senrose tampil berkongsi rahsia bagaimana mendapatkan kulit wajah menawan.

Uqasha yang ditemui di majlis pengumuman sebagai duta rasmi produk serum C Clean Pearl di Hotel Grand Millenium, Kuala Lumpur memberitahu pada awalnya dia ragu-ragu untuk membuat keputusan menyertai keluarga besar produk ini.

” Saya seorang yang amat berhati-hati sebelum melibatkan diri dalam sesebuah produk kecantikan. Ketika menerima tawaran bergelar duta, saya perlu pastikan produk ini benar-benar baik untuk kulit pengguna.

” Ternyata selepas lebih tiga minggu menggunakannya, saya sangat berpuas hati dengan kesannya. Kulit terasa lebih selesa dan tekstur pun ringan. Paling saya suka adalah serum ini cepat meresap dan saya akan pastikan menggunakannya sebelum bersolek,” katanya jujur.

Serum C Clean Pearl merupakan serum inovasi dengan SOLA SHIELD, pertama seumpamanya di Malaysia. Produk ini juga merupakan produk kedua di bawah rangkaian jenama C Clean. Dengan hanya RM 55 (Semenanjung Malaysia) dan RM 59 (Sabah & Sarawak), korang mungkin boleh tampil jelita bak Uqasha Senrose! 

SGMS Faida