Netizen Puji Tindakan Beby Maembong, Lelaki Juga Boleh Pakai Bengkung Ya!

Mungkin selepas ini persepsi mengenai pemakaian bengkung dikalangan wanita sudah boleh diubah. Mana taknya, usahawan wanita yang kini semakin viral, Beby Maembong baru-baru ini telah menganjurkan aktiviti riadah bersama-sama pelanggan setianya. 

Namun, apa yang menarik perhatian ialah, penyanyi ala-ala Kpop, Erul turut dilihat terlibat sama dalam aktiviti riadah tersebut sambil memakai bengkung. Opps!

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Slimdollz Trading Sdn Bhd itu, beliau mengetengahkan pemakaian bengkung dalam aktiviti senaman ini bukan sahaja untuk mengekalkan bentuk badan tetapi, menjaga postur badan si pemakainya. Tidak kiralah wanita mahupun lelaki. 

“Kebiasaannya kita lihat, orang memakai baju sauna ketika bersenam. Saya ingin mengubah budaya itu dengan mengetengahkan pemakaian bengkung Slimdollz menerusi aktiviti senaman Beby Dollz Salsation ini. Iaitu sejenis senaman zumba terbaru di Malaysia”

“Melaluinya, saya ingin menyampaikan mesej bahawa pemakaian bengkung Slimdollz dengan 16 tetulang ketika bersenam bukan saja selesa tapi juga selamat digunakan.

“Selain itu kita juga ingin melihat sejauh mana efektifnya pemakaian bengkung Slimdollz ini ketika bersenam. Adakah ukuran pinggang peserta akan mengecil beberapa inci?” Katanya

Malah kesemua 30 peserta yang terlibat turut dihadiahkan bengkung keluaran syarikatnya secara percuma sepanjang acara berlangsung di Fitspace66, Plaza Jelutong, Bukit Jelutong, Shah Alam.
Jadi buat korang yang ingin kurus dan mengidamkan bentuk badan yang cantik macam Beby Maembong ni, bolehlah mengamalkan gaya hidup sihat dan tidak perlu lagi berhabis duit membeli pelbagai pil kurus yang diragui keberkesanannya.
“On top of that, saya ingin memberi makluman kepada umum, untuk kita kekal cantik, mendapatkan tubuh yang ramping dan sihat, perlu bermula dengan amalan hidup sihat.

“Untuk memulakannya perlukan sedikit usaha. Amalkan pemakanan sihat untuk kesihatan dalaman dengan mengamalkan minuman tambahan Bebydollz, lakukan senaman untuk dapatkan tubuh yang sihat dan pakai bengkung Slimdollz untuk memperoleh bentuk badan yang cantik dan ramping!. Wanita bila cantik luar dalam, keyakinan diri secara secara langsung akan terserlah,” Tambahnya.

Salma Syahbuddin