Categories: HiburanSelebriti

Pelakon Utama Dia Menantu Rahsia Bakal Disenarai Hitam?

Penerbit drama Dia Menantu Rahsia, Datuk A Aida kecewa apabila ada antara pelakon utama drama tersebut tidak memberi kerjasama apabila tidak mempromosikannya di laman sosial mereka.

Menurut beliau, dia serik dan enggan bekerjasama lagi di masa akan datang dengan pelakon yang tidak disebutkan.

“ Boleh saman tapi saya tidak mahu panjangkan isu. Saya kasihan, jadi jalan terbaik adalah senarai hitam nama mereka daripada produksi saya.

“Sebagai Timbalan Presiden Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) saya akan maklumkan pada ahli supaya jangan ambil artis yang tidak bagi kerjasama. Itu saja cara nak ajar mereka,” katanya kepada Harian Metro.

Akui beliau, ini merupakan insiden terburuk yang pernah dialaminya selepas lebih 20 tahun berada dalam bidang penerbitan.

“ Memang stesen televisyen ada buat promo setiap hari, tapi alangkah bagus jika mereka turut sama buat promosi. Apatah lagi, mereka memiliki pengikut di Instagram yang ramai.

“Kejayaan sesebuah drama bukan saja pada jalan cerita dan lakonan, tapi juga kerjasama berpasukan. Kalau ini pun mereka berat hati nak tolong, susahlah. Saya pun tak nak lagi bekerjasama,” katanya.

Tambah A.Aida atau sebenarnya Zaidah Awang jika diikutkan dia boleh sahaja menyaman mereka namun tidak mahu memanjangkan isu.

“ Jika bukan pelakon utama yang membantu promosi drama lakonan sendiri siapa lagi hendak diharapkan

“ Jujurnya saya sangat kecewa. Malah bukan saja dalam kalangan beberapa pelakon tetapi keseluruhan pasukan,” katanya.

Ditanya siapakah pelakon terbabit, Aida enggan mendedahkan nama kerana biar mereka sedar sendiri ibaratnya siapa makan cili dia terasa pedas.

Drama Dia Menantu Rahsia arahan Pali Yahaya itu menampilkan barisan pelakon seperti Ashraf Muslim, Rasya Rizrose, Mona Allen, Fazlina Ahmad Daud, Wilma Mohamad dan ramai lagi ditayangkan setiap Isnin-Jumaat jam 7 malam di TV3. -Harian Metro.

 

SGMS Faida