Events By: Fatin Nurain February 26, 2023 @ 7:10pm

Bakal Berlangsung 12 Mac Ini, Tonton Anugerah Drama Sangat Rancang Jemput Artis K-Pop Ternama

Acara berprestij TV3, Tonton Anugerah Drama Sangat (TADS) tampil membawakan kelainan dengan menambah dua kategori baharu bersempena kerjasama bersama Tonton, pada 12 Mac ini.

Acara yang bakal berlangsung di Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) telah membawakan dua kategori tambahan iaitu Anugerah BBNU Tonton dan Oppa Pilihan Tonton.

Menurut Penerbit Eksekutif acara tersebut, Nurhul Huda Khalid, pihak produksi TV3 sedang merancang untuk menjemput pemenang bagi kategori Oppa Pilihan Tonton untuk hadir ke malam anugerah tersebut.

“Bersempena dengan kerjasama bersama Tonton tahun ini, kami tambah dua lagi kategori iaitu Anugerah BBNU Tonton dan Oppa Pilihan Tonton. Sebab selalunya kita boleh lihat peminat lebih sukakan pada selebriti lelaki, jadi kami bawakan kategori ini khas buat peminat drama popular tvN Asia.

“Kami sedang dalam perbincangan untuk membawa pemenang kategori Oppa Pilihan Tonton ke sini. Calonnya terdiri dari lima pelakon dan penyanyi Korea iaitu Choi Si Won, Cha Eun-Woo, Ahn Bo-Hyun, Kim Min-Kyu, Kim Min Jae.

“Tapi semuanya masih lagi dalam perbincangan bersama pihak tvN Asia. Kami belum boleh janjikan apa-apa lagi, tapi kami cuba yang terbaik. Insya-Allah,” katanya.

Perkara tersebut telah didedahkan oleh Huda ketika ditemu bual di Majlis Sidang Media Tonton Anugerah Drama Sangat di IOI City Mall, Putrajaya, hari ini.

Dalam pada itu, acara tersebut turut memperkenalkan pengacara Sherry Alhadad dan Sharifah Shahirah sebagai hos gandingan sepanjang acara gilang-gemilang itu berlangsung.

Antara barisan artis tanah air yang akan menggalas tanggungjawab sebagai penyampai anugerah malam tersebut termasuk Ummi Nazeera, Nabila Huda, Meerqeen, Anna Jobling, Fasha Sandha, Datuk Rosyam Nor, Aniq Suhair, Siti Khadijah Halim dan ramai lagi.

Lebih menarik lagi, acara malam kemuncak TADS itu bakal dimeriahkan dengan persembahan oleh Stacy, Mimi Fly, Liza Hanim, Misha Omar, Bella Astillah, Wani Kayrie, Ayda Jebat, Fyna Jebat, Haqiem Rusli, Afieq Shazwan, Amir Masdi, Rahmad Mega, Zaki Yamani, Yamani Abdillah dan Hael Husaini.

Orang ramai boleh mengundi drama dan pelakon pilihan sebelum jam 11.59 malam, hari ini. Terdapat lapan kategori yang dibuka untuk undian peminat dan selebihnya melalui penilaian juri professional.

Senarai 15 kategori yang dipertandingkan adalah Drama Terbaik, Drama Popular, Drama Terbaik 8TV, Pengarah Terbaik, Penulis Skrip Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Pelakon Lelaki Popular, Pelakon Wanita Popular, Pelakon Antagonis Terbaik, Pasangan Drama Terbaik, OST Terbaik, Drama Novel Adaptasi Terbaik, Anugerah BBNU Tonton dan Oppa Pilihan Tonton.

Layari laman web www.xtra.com.my/tontonanugerahdramasangat dan gunakan #AnugerahDramaSangat untuk menghangatkan perbualan di laman media sosial!

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia serta Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat!

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 31 Jul 2019

‘Saya Minta Maaf’- Ara Johari

Jangan tiru aksi dalam video itu ok

Hiburan Fri, 12 Jan 2018

蔡健雅为昔日创作再赋新生《Cherished 割爱》同步上线

自去年宣布加盟环球音乐(Universal),备受各地歌迷们引领而望的音乐新作《Cherished割爱》迷你EP于今日在全球同步上线。

Trending Sun, 24 Apr 2022

Laporan PAC Mengenai Perolehan MySejahtera Dibentang Julai Ini

Perolehan Mysejahtera dibentang Julai ini

Selebriti Tue, 7 Nov 2017

SUAMI TAK GUNA! –EZLYNN

Rata-rata Netizen dan juga peminat penyanyi HI! HI! BYE! BYE! Ini marah dengan tindakan suami Ezlynn yang viral di laman sosial kini.

Featured Fri, 23 Dec 2022
Trending Wed, 20 Apr 2022

Jangan Risau… Wang Pengeluaran Khas KWSP Akan Masuk Akaun Sebelum Raya

Penjelasan Tengku Zafrul tentang Pengeluaran Khas KWSP

Hiburan Thu, 17 Jan 2019

#AJL33: Pertama Kali Beraksi Di Final, Siti Sarah Mengaku Rasa Takut

Kalau ada rezeki, Alhamdulillah. Kalau tiada bermakna saya perlu mencuba lebih baik lagi di masa akan datang…

| Live TV