Mengaku Bersalah, Zarina Anjoulie Didenda RM4,000 & Berada Dibawah Pengawasan Polis Selama 2 Tahun

Selebriti sensasi Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul atau lebih mesra disapa Anju mengaku bersalah atas pertuduhan memasukkan dadah ke dalam badannya pada Jun tahun lalu.

Difahamkan, pendengaran kes sepatutnya berjalan pada hari ini namun atas permohonan peguam yang mewakili selebriti itu, Ahmad Faiz memohon perbicaraan tersebut untuk dibicarakan di Mahkamah Majistret Seremban pada Selasa.

Memetik laporan Harian Metro, ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman mengesahkan Majistret Mohd Firdaus Saleh telah menjatuhkan hukuman denda berjumlah RM4,000 atau penjara selama empat bila sekiranya gagal membayar denda.

Selain itu mahkamah turut mengarahkan selebriti terbabit untuk menjalani pengawasan polis selama dua tahun, selain daripada dikenakan denda tersebut.

Bagaimanapun, Zarina telahpun membuat pembayaran denda itu semalam.

Terdahulu, selebriti berumur 34 tahun itu didakwa di Mahkamah Majistret sama pada 13 September 2021 atas pertuduhan menggunakan dadah jenis methamphetamine dan air kencingnya didapati positif dadah jenis itu pada Jun lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya.

Artikel Berkaitan: Kes Dadah Zarina Anjoulie Ditangguh Februari Depan

Sumber & Kredit Foto: Harian Metro

Aqilah Paharuzi