Bagi Sedikit Masa, Aliff Aziz Mengaku Tak Pernah Lupa…

Jangan Ganggu Pacarku, Sayang-Sayang antara lagu yang menaikkan nama penyanyi Aliff Aziz.

Biarpun pada mulanya dia dikenali sebagai penyanyi, tetapi Aliff akur masa merubah segalanya.

Artis kelahiran Singapura ini lebih menyerlah dalam bidang lakonan sejak kebelakangan ini namun dia sama sekali tidak melupakan dunia nyanyian.

“ Alhamdulillah, rezeki dalam bidang lakonan sentiasa ada. Cuma saya belum jumpa material sesuai untuk kembali fokus dalam bidang nyanyian.

“ Berlakon memang penat tapi saya puas apabila penonton memberikan pelbagai komen positif.

“ Sama juga seperti nyanyian, tetapi saya tidak boleh mengejar kedua-duanya serentak. Saya lebih selesa selesaikan satu persatu kerja,” katanya.

Pelakon drama Halalkan Hati Yang Ku Curi ini juga memberitahu dia akan kembali ke studio sekiranya mendapat material sesuai.

“ Insya-Allah, akan ada lagu baharu daripada saya. Cuma, saya tidak mahu umumkan terlalu awal.

“Ketika ini, ada beberapa tawaran berlakon yang sedang menanti.

“ Saya juga perlukan masa untuk berehat seketika dan memberi tumpuan kepada keluarga. Mungkin selepas itu, baru saya boleh aktif menyanyi semula,” kata bapa kepada Ayden Adrean ini.

 

SGMS Faida