Ini Sebab Tunang Ariana Grande Padam Semua Gambar Di Instagram!

Pelakon komedi terkenal, Pete Davidson telah memadam semua gambarnya di laman Instagram, baru-baru ini.

Ini sekaligus menimbulkan tanda tanya di kalangan netizen lebih-lebih lagi tentang hubungannya bersama tunang, penyanyi Ariana Grande.

Menerusi laman Instastory yang dibuat pada Isnin lalu, pemilik akaun @petedavidson mengaku tidak selesa dengan laporan dan cerita yang tersiar sejak mereka bertunang.

“ Jangan salah faham, tiada masalah pun. Saya hanya ingin bermain Instagram tetapi saya sedar internet tempat yang jahat dan membuat saya tak selesa.

“ Kenapa saya perlu habiskan masa dengan benda negatif sedangkan realitinya saya sangat bahagia,” tulisnya.

Pete juga menegaskan hubungannya dengan Ariana tiada masalah.

“ Tiada masalah walaupun foto bersama Ariana dipadam,” tulisnya.

SGMS Faida