Mengaku Tak Banyak ‘Effort’ Pikat Fatin Afeefa, Aliff Awang Anggap Diri ‘Lelaki Alpha’… Netizen Label Narsisistik

Suami Fatin Afeefa, Aliff Awang melakukan sesi siaran langsung (live) menerusi akaun TikToknya rancak bersembang melayan pengikut, baru-baru ini.

Namun, apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila ada individu bertanya kepada Aliff bagaimana cara menawan hati isterinya.

Dengan jujurnya, Aliff menyatakan bahawa dia tidak beria-ia mengorat isterinya itu, malah Fatin yang berbuat demikian.

“Saya jawab jujur, Fatin lagi susah nak dapatkan perhatian yang sepenuhnya dari saya.

“Jadi, masa saya nak mengorat Fatin, tak banyak usaha sangat pun. Yang banyak usaha, Fatin,” katanya.

Bukan itu sahaja, warganet berasa kurang senang dengan Aliff apabila dia mula bercerita mengenai lelaki ‘alpha’.

Menurut Aliff, perempuan lebih tertarik kerana lelaki seperti itu mengetahui apa kehendak mereka, mempunyai prinsip dan tidak menggunakan emosi ketika membuat keputusan.

Susulan itu, rata-rata warganet menganggap Aliff seorang yang narsisistik bukannya lelaki alpha.

Tidak kurang juga ramai yang menganggap suami pelakon jelita itu sebagai ‘red flag’.

Atiqah Johari