Syafiq Kyle & Mimi Lana Bakal Akhiri Zaman Bujang Tahun Ni

Pelakon Syafiq Kyle mengumumkan dirinya bakal mengakhiri zaman bujang bersama aktres, Mimi Lana hujung tahun ini.

Berita gembira itu telah dikongsikan oleh Syafiq sendiri ketika ditemui di Majlis Pra-Pelancaran & Sidang Media Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya di Malaysia International Trade and Exhibition Centre, Kuala Lumpur, semalam.

Menurut Syafiq, mereka masih belum boleh memaklumkan kepada umum tarikh hari bahagia memandangkan proses persiapan masih berjalan.

“Alhamdulillah, satu persatu langkah kita sudah lakukan. ‘Menangis’ banyak juga berhabis, tetapi saya percaya bila kita mahu melakukan perkara baik, Allah SWT luaskan rezeki dan permudahkan urusan kita.

“InsyaAllah, mungkin dalam tahun ini juga. Cuma saya tak berani untuk sebut tarikh tertentu kerana la bergantung kepada urusan, komitmen kerja dan sebagainya.

“Memandangkan banyak lagi perkara yang perlu diselesaikan daripada kedua-dua belah pihak. Tapi insyaAllah, tahun inilah,” katanya.

Memetik laporan Media Hiburan, pelakon itu turut meluahkan rasa lega dan teruja apabila segala persiapan wajib sudah selesai dilakukan.

“Soal persiapan, buat masa ini saya selesaikan perkara wajib terlebih dulu. Satu demi satu. Kursus kahwin, kalau belum (kahwin) pun kita memang perlu hadiri.

“Saya sudah ‘settle’ itu semua, hal yang wajib macam pendaftaran yang perlu kita tengok sama ada sesuai dengan masa dan sebagainya. Sebab itu tak boleh berikan tarikh, ia boleh berubah,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Syafiq juga bakal menjual jenama Kurta sendiri di festival yang akan berlangsung pada 14 hingga 17 April depan.

 

Sumber: Media Hiburan

Fatin Nurain