“Dia Bawa Pergi Masjid Shah Alam Untuk Solat Berjemaah” – Julia Farhana Dedah Tempat Pertama Dating

Pelakon Julia Farhana Marin mendedahkan suaminya, Dr Che Hafiz adalah lelaki yang sering membimbing dan memberi pendedahan berkaitan hal agama.

Menurut Julia, kali pertama mereka berjumpa, suaminya membawa mereka ke masjid.

“First time dating tu dia bawa pergi masjid. Dia bawa pergi masjid Shah Alam untuk solat berjemaah.

“Tapi terkejut sebab tak pernah orang dating pergi masjid. Sejak itu, saya rasa lain, dia ni tak macam lelaki-lelaki yang saya pernah jumpa,” katanya.

Julia ditemui oleh XTRA di majlis pelancaran lagu tema filem Goast Guard Malaysia: Ops Helang di Stesen Udara Maritim Subang, semalam.

Sementara itu, pelakon Rumi & Jawi itu memberitahu suaminya sangat memahami dirinya sebagai seorang isteri yang masih belum bersedia untuk berhijab menutup aurat.

“Saya terus terang dengan Dr Che Hafiz sendiri sebelum kita kahwin, saya belum sedia nak pakai tudung, belum bersedia lagi nak jadi isteri yang sempurna.

“Because culture kita berbeza, cara kita dibesarkan berbeza. Dia sangat memahami where I am at dan dia guide every single day,” katanya lagi kepada XTRA.

Untuk info, Julia mendirikan rumah tangga dengan Dr Che Hafiz pada 14 Disember lalu.

 

 

Halimey Zamal