#Mentor7: Tertekan Tugasan Minggu Kelima, Azmirul Mengamuk Belakang Pentas?

Aik…kenapa pula ni Azmirul? Sebuah video memaparkan protege kepada Hafiz Suip, Azmirul Azman mengamuk ketika berlatih di belakang pentas Studio 2, Plaza Alam Sentral.

Video berdurasi 20 saat itu menampakkan peserta berusia 24 tahun itu sedang gigih berlatih menyanyikan lagu tugasan minggu ini. 

Namun apa yang memeranjatkan, Azmirul yang kelihatan tertekan bertindak menendang kerusi ke dinding. Alamak, kenapa sampai macam tu agaknya?

Minggu lalu, persembahan Azmirul gagal menarik perhatian penonton apabila mendapat markat paling renda dengan hanya 37 peratus.

Namun begitu, Azmirul terselamat kerana tiada penyingkiran pada minggu lalu. Saksikan Mentor 7 jam 9 malam ini hanya di TV3 dan Tonton. Untuk Azmirul, jangan stress untuk persembahan malam ini!

SGMS Faida