Euforia Bola 2026
Acara By: Fatin Nurain October 21, 2022 @ 6:07pm

Meriah Dengan Sorakan Peminat Wanita, Konsert Rizky Febian ‘Full House’!

Seperti yang dijangka, konsert penyanyi Indonesia Rizky Febian yang diadakan di ibu kota Kuala Lumpur menerima sambutan yang luar biasa daripada peminatnya, semalam.

‘Full-house’ menjadi definisi tepat untuk menggambarkan kemeriahan konsert yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur tersebut, apabila ia dibanjiri dengan kehadiran 2,400 peminatnya.

Persis bertemu artis dari negara Korea, konsert sulung Rizky di sini juga tidak lekang dengan kemeriahan sorakan daripada peminatnya lebih-lebih lagi kaum wanita.

Bahkan menjelang konsert itu berlangsung, perkarangan Zepp Kuala Lumpur itu juga telah dipenuhi dengan ribuan peminatnya yang mula beratur dari awal pagi.

Konsert ‘intimate’ yang berdurasi sejam 30 minit itu juga menyaksikan Rizky tampil membawakan 16 buah lagunya yang sering menjadi siulan dalam kalangan peminatnya.

Antara lagu yang disampaikan dalam konsert tersebut ialah Penantian Berharga, Salah, Reuni, Hingga Tua Bersama, Berpisah Itu Mudah, Terlukis Indah dan banyak lagi.

Selain itu, konsert itu turut dihadiri oleh ahli keluarganya bagi memberi sokongan moral seperti ayahnya Sule, adik-beradiknya dan kekasihnya yang juga seorang penyanyi, Mahalini.

ARTIKEL BERKAITAN: “Impian Saya Adalah Untuk Membawa Arwah Ibu…” – Persembahan Penuh Intimate, Rizky Febian Bikin Peminat Galau

Kredit Foto: Der Ahmad Sharu

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 9 Nov 2025

Fasha Sandha Masih Bersahabat Dengan Nur Fazura – “Tak Pernah Bermusuh, Cuma Peminat Yang Terlalu Emosi”

Pelakon cantik Fasha Sandha, tampil menjelaskan keadaan sebenar mengenai khabar angin yang mendakwa hubungan persahabatannya dengan Nur Fazura sudah tidak seperti dulu. Ketika ditemui XTRA di majlis pelancaran butik baharu jenama She Dazzle di Taman […]

Trending Wed, 23 Sep 2020
Featured Mon, 7 Nov 2022
Featured Thu, 15 Sep 2022
Trending Tue, 22 Feb 2022

Papar Lakonan Aaron Aziz & Gambit Saifullah Sebagai Lelaki G*y, Pengarah ‘Suamiku Lelaki Pendosa’ Rujuk JAKIM

Menampilkan kisah berkaitan hubungan songsang dalam drama bersiri Suamiku Lelaki Pendosa, pengarah Eyra Rahman telah terlebih dahulu merujuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk meneliti jalan cerita yang dihasilkan. Menurut Eyra, inisiatif tersebut dilakukan kerana […]

Hiburan Sun, 23 Jun 2019

郑伊健伤病痊愈再度挑战圆环倒吊高难度动作

郑伊健伤病痊愈!云顶演唱会高难度大圆环倒吊环节,让现场粉丝大饱耳福及眼福。

Trending Sat, 16 Jun 2018

Gempar! Jatuh Bangunan Selepas Berhibur

Mayat lelaki berusia 29 tahun itu ditemui di tingkat dua premis perniagaan yang terletak berhampiran dengan hotel itu kira-kira 9 pagi tadi (waktu tempatan).

error: Content is protected !!