Malam tadi berlangsungnya majlis pra-tonton filem Pulang di GSC Pavilion Kuala Lumpur. Hanya satu ungkapan yang boleh kami simpulkan iaitu HEBAT!
Filem yang menelan kos sebanyak RM 6 juta ini merupakan karya agung daripada pengarah tersohor Kabir Bhatia. Diangkat daripada kisah sebenar keluarga Datuk Ahmad Izham Omar, sinematografi dalam Pulang ternyata tidak mengecewakan.
Kisah tentang Othman, nelayan yang memiliki cita-cita besar dalam hidup. Hidupnya, cintanya hanya pada laut. Jatuh cinta dengan Che Thom, Othman menyunting wanita itu tanpa perlu berfikir lama. Karakter ‘Anak Jantan’ dalam diri Othman cukup kuat sekali. Lelaki yang mahu mengubah hidup keluarganya tetapi perlu memilih antara hati keluarga atau keinginan diri sendiri.
Diduga dengan kesempitan hidup, Othman tidak mahu berdiam saja. Belayarlah dia sendirian ke seluruh dunia…Di sinilah bermula pergolakan perasaan Othman! Adakah dia betah berdiri di atas kapal menahan kerinduan terhadap Che Tom dan anaknya, Omar?
Menarik tentang Pulang, filem ini menggunakan kesan khas visual yang memakan masa hampir dua tahun untuk melengkapkannya. Ia berjaya direalisasikan dengan visual imej janaan computer (CGI) oleh Basecamp VFX dan geran daripada Finas sebanyak RM 2 juta.
Ketua Pegawai Ekskutif Primeworks Studios, Datuk Ahmad Izham Omar memberitahu harapan untuk filem Pulang ini cukup tinggi dan semoga maklum balas dan perhatian dapat diraih daripada seluruh negara. Insha Allah…
Pulang membariskan pelakon berkarisma, Remy Ishak dan Puteri Aishah sebagai watak utama dan filem ini tidak mungkin ‘berwarna’ tanpa bantuan daripada Azrel Ismail, Erwin Dawson, Dato Jalaluddin Hassan, Dato Rahim Razali, Syazuwan Hassan, Che Puan Juliana Evans dan ramai lagi.
Info menarik Pulang The Movie
Sediakan tisu sebelum masuk ke panggung ya. Kami bagi lima bintang untuk Pulang The Movie, memang terbaik!
"Thank you so much for all of the advices" - Aliff Aziz
Alamak, tak relax la netizen 🤪
Usikan manja anak beranak ☺️
Good job Fathia
MashaAllah kesiannya