Mesej Lucah Dengan Skandal Terbongkar, Pelakon Lelaki Berimej ‘Alim’ Didakwa Curangi Isteri?

Tiada angin tiada ribut tiba-tiba muncul pula dakwaan yang melibatkan pelakon lelaki berusia dalam lingkungan 20an dikatakan berlaku curang dengan isterinya.

Memetik laporan Harian Metro, kecurangan pelakon yang juga merupakan bapa kepada dua orang anak itu telah diketahui oleh isterinya.

Perbuatan terkutuk pelakon lelaki yang dikenali menerusi sebuah pertandingan pencarian ‘hero’ itu terbongkar apabila isterinya memeriksa kiriman mesej di telefon.

Si isteri terdetik untuk bertindak sebegitu kerana melihat banyak perubahan yang berlaku dalam diri suaminya.

Lebih mengejutkan, mesej yang dihantar oleh pelakon berimej ‘alim’ kepada skandalnya adalah berunsurkan lucah dan menjijikan sekaligus menghancurkan hati isteri selepas membacanya.

Apa yang menguatkan lagi dakwaan bahawa pelakon tersebut berlaku curang adalah dia dilihat memadam gambar isterinya di Instagram dan hanya membiarkan gambarnya bersama dua orang anak.

Lebih menyedihkan, si isteri dikatakan hanya berdiam diri dengan kecurangan suaminya kerana dia sedar dirinya hanya orang biasa dan tidak bekerja, malah bergantung harap dengan suaminya itu sahaja.

Tambah, pelakon lelaki itu turut didakwa mula bersikap begitu sejak mereka dikurniakan anak sulung lagi.

Sumber: Harian Metro

Atiqah Johari