Pakaian Selepas Pulang Umrah Dikritik, Intan Najuwa Terima Nasihat Netizen Dengan Hati Terbuka

Umum mengetahui, pelakon Intan Najuwa baru pulang daripada mengerjakan umrah baru-baru ini.

Seusai pulang, Intan menjadi perhatian ramai apabila berkongsi foto yang memaparkan dirinya memakai pakaian yang menampakkan bahagian perut.

Menerusi hantaran di Instagram Stories, Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abd Wahid, 27, berkongsi kata-kata yang menyatakan seseorang itu tidak dijanjikan syurga atas sebab penampilan semata.

“Jangan anggap mereka berjaya ke syurga kerana penampilan luaran (berjanggut, berhijab, berniqab, cara bercakap dan lain-lain.

“Penampilan luaran seseorang itu tidak mencerminkan bagaimana hubungan mereka dengan Allah,” tulis kenyataan yang dikongsi oleh Intan.

Bukan itu sahaja, petikan yang dikongsi Intan itu menyatakan untuk tidak lupa mendoakan individu itu menjadi lebih baik.

“Jadi jika menghukum seseorang untuk menjadi alim, jangan lupa doakan mereka untuk menjadi insan yang lebih baik setiap hari,” kongsinya lagi.

Namun begitu, petikan terbabit menimbulkan salah faham sesetengah pihak yang mendakwa Intan ‘sekolahkan’ netizen.

Menurut Intan, dia masih dalam proses pembelajaran dan menerima nasihat dengan hati terbuka.

Terdahulu, Intan menunaikan ibadah umrah bersama keluarganya dan memohon orang ramai mendoakan perjalanan umrahnya dipermudah.

Artikel Berkaitan:Intan Najuwa & Keluarga Berangkat Ke Tanah Suci Tunai Ibadah Umrah – “Setiap Kali Nak Ke Sana, Dia Punya Nervous…”

Atiqah Johari