“Mesti Lama Tunggu Saat Ni” – Kerap Dikenakan Rakan Bola, Kini Giliran Syifa Melvin ‘Kejutkan’ Safawi Rasid

Pasangan selebriti Syifa Melvin dan Safawi Rasid sekali lagi meraih perhatian dalam kalangan pengikutnya selepas mempamerkan gelagat mereka yang sering menghiburkan dalam setiap perkongsian di TikTok.

Terbaharu, Syifa telah berkongsi sebuah video dirinya sengaja mengejutkan suaminya, Safawi yang juga merupakan seorang pemain bola sepak negara menerusi platform tersebut.

Dalam perkongsian tersebut, Safawi kelihatan sangat terkejut selepas disergah oleh isterinya.

“Aku diam bukan apa, pasai aku gelak tak bernapaih🤣🤣🤣🤣 Love you Pawi banyak lagi dok mai,” tulisnya.

@syifmel131 Aku diam bukan apa,pasai aku gelak tak bernapaih🤣🤣🤣🤣 Love you @paw1r ♬ original sound – Syifa Melvin

Terkenal dengan sifat mudah terkejut dan sering dikenakan oleh pemain bola sepak yang lain, Safawi tetap tetap tenang serta sabar melayan kerenah isterinya yang suka bergurau.

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons yang rata-ratanya terhibur dengan gelagat mereka.

Sebelum ini, Syifa dan Safawi telah mendirikan rumah tangga pada 28 November 2022.

Fatin Nurain