Kongsi Foto Bersama Hawa Rizwana Depan Surau, Netizen Tanya Zizan Razak – “Mana Halal Gap?”

Pelawak dan pelakon Zizan Razak memuat naik sebuah foto bersama pengacara, Hawa Rizwana di Instagramnya.

Menerusi entri tersebut, Zizan dilihat bergambar dengan Hawa di hadapan surau dan meminta warganet untuk meneka apa persamaan mereka.

“Apa persamaan dalam gambar ni? Cuba jawab dengan jujur. Tolong jangan main-main ok. Kalau tak kena tumit atas pundi,” tulis Zizan.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet menyatakan bahawa Zizan dan Hawa kelihatan seperti pasangan suami isteri.

Malah, ramai yang mengatakan bahawa mereka mempunyai jodoh yang kuat kerana memiliki wajah yang seiras.

Namun begitu, ada segelintir warganet berasa kurang senang melihat foto tersebut kerana Zizan dan Hawa bergambar terlalu dekat serta dianggap tidak menjaga sensitiviti.

Atiqah Johari