Mimi Lana & Aedy Ashraf Dikecam Peraga Koleksi Pakaian D*lam Jenama Antarabangsa

Sejak kebalakangan ini, ramai selebriti tempatan dipilih mejadi model bagi kempen jenama terkenal antarabangsa.

Terbaharu, pelakon Aedy Ashraf dan Mimi Lana pula menjadi model untuk sebuah jenama popular antarabangsa bagi mempromosikan pakaian mereka.

Menerusi muat naik di laman Instagram Aedy, pelakon Budak Tebing itu memuat naik beberapa keping foto yang memaparkan dirinya sedang memperagakan pakaian berjenama terbabit seperti baju, jaket dan termasuklah pakaian dalam lelaki.

Lebih panas apabila terdapat beberapa foto yang menampakkan pakaian dalam Aedy.

Biarpun nampak eksklusif dengan mengenakan pakaian berjenama, hantaran itu ternyata mendapat perhatian warganet apabila ramai yang tampil mengkritik di ruangan komen.

Menjengah ke profil Instagram pelakon Mimi Lana pula, dia juga turut memuat naik video bagi mempromosikan jenama antarabangsa yang sama.

Dalam video tersebut, Mimi memakai pakaian rona cerah sehingga menampakkan bahagian badan dan pusatnya serta pakaian dalam.

Menerusi ruangan komen di perkongsian kedua-dua pelakon ini, ternyata ramai meluahkan rasa kecewa apabila ramai yang mempersoalkan mengapa memilih model dan selebriti yang beragama islam untuk memperagakan pakaian dalam.

Khairil Khusyairi