“Saya Lebih Sedih Jadi Mangsa Body Shaming” – BCL Jawab Dakwaan Hamil

Pelakon dan penyanyi Bunga Citra Lestari mengakui kesal dengan dakwaan yang mengatakan dirinya kini sedang hamil anak kepada penyanyi Ariel NOAH, baru-baru ini .

Sebelum ini, tular di media sosial saiz perut pelantun lagu Ingkar itu kelihatan buncit sewaktu menjalani sesi ‘sound check’ di sebuah pusat hiburan di negara seberang.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Perut Buncit BCL Raih Perhatian, Netizen Dakwa Hamil Anak Ariel Noah?

Menurut BCL, dia menyifatkan perkara itu seolah-olah mengejek perubahan bentuk badannya atau ‘body shaming’ ketika itu sedangkan ia merupakan perkara normal untuk ibu-ibu yang pernah melahirkan.

“Saya lebih sedih kerana di ‘body shaming’ sahaja. Saya lebih sakit hati kerana saya makan tau. Just because perut saya nampak sedikit buncit, walaupun tidak flat kerana saya ibu-ibu.

“Ini adalah normal human being yang suka makan tengah malam,” katanya.

Malah, BCL juga akur dan menganggap tidak semua orang tahu mengenai postur badan, angle, pencahayaan dan perubahan bentuk badan ketika seseorang wanita datang bulan.

“Not everybody understand about angle, bloating happening ketika having period. Tapi saya sedih sangat bila kena body shaming,” jelasnya.

Pendedahan itu dikongsi oleh penyanyi itu sendiri ketika ditemu bual di majlis sidang media Konsert Blossom – Bunga Citra Lestari, semalam.

BCL juga berharap agar orang ramai melihat penampilan terkininya lebih positif selepas sekian lama berduka kerana pemergian suami tercintanya, Ashraf Sinclair.

“Two, three years ago, I was very skinny, I lose a lot of weight. Padahal saya makan banyak tapi sekarang saya makan sama macam dulu tapi berat badan saya naik.

“Saya berharap orang ingat saya lebih segar, happy dan healthy selepas menjalani fasa-fasa kesedihan itu biarpun masih ada. Tapi malah saya dianggap mengandung dan diejek,” katanya.

Kini, pelantun lagu 12 Tahun Terindah itu juga menyatakan dia kerap bersenam untuk menjaga kesihatan fizikal dan mentalnya sebelum mencecah usia 40-an.

“Saya buat workout, kita kan bertambah umur, saya hampir mencecah usia 40 tahun. Jadi apa yang terjadi kepada saya beberapa tahun kebelakangan ini, saya tak boleh mengubahnya.

“Tapi saya belajar untuk menerima banyak perkara seperti perubahan badan saya, my mental, my feelings. Jadi saya workout itu untuk lebih healthy to feel good. Bukan lagi untuk mengekalkan bentuk badan semata-mata,” jelasnya.

Terdahulu, BCL mengakui dia amat gemuruh untuk kembali ke Malaysia buat pertama kali tanpa keberadaan Allahyarham Ashraf di sisi.

ARTIKEL BERKAITAN: Akui Gemuruh, BCL Beranikan Diri Kembali Ke Malaysia Tanpa Ashraf Sinclair – “Tempat Ini Ada Banyak Memori”

Fatin Nurain