“Semua Ini Fitnah” – Zarina Anjoulie Kesal Individu Politik Edit Video Bersama Ustaz Kazim Elias, Tindakan Saman Menyusul

Pelakon Zarina Anjoulie meluahkan rasa kesal apabila ada individu yang menggunakan gambarnya untuk tujuan politik sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menerusi muat naik di laman Instagram, Zarina atau lebih mesra disapa Anju itu menjelaskan terdapat individu yang mengambil video lamanya dan menyunting pada wajah pendakwah bebas, Ustaz Kazim Elias untuk tujuan politik.

“Anju sangat kesal dengan sikap manusia, ambil video Anju tahun lepas dan edit pada muka Ustaz Kazim.

“Video tu video tahun lepas, tiada kena mengena pun dengan Ustaz Kazim, Ustaz Kazim is a really good person as Anju pernah shooting dengan dia.

“Orang-orang politik ni kalau ye pun nak menganiaya aku dengan Ustaz Kazim!,” tulisnya.

Jelas Zarina lagi, dia berkata itu adalah fitnah semata-mata dan memberitahu tindakan saman akan diambil oleh peguam.

“Anju minta tolong semua ini fitnah, mereka ambil video lama Anju dan edit. Letak muka Ustaz Kazim.

“Anju dah minta lawyer hantar surat saman pada 3 individu di Facebook, tindakan saman akan diambil,” jelas Zarina.

Di perkongsian sama, Zarina juga turut memuat naik bukti yang beserta gambar yang disunting itu.

Khairil Khusyairi