Mira Filzah Trauma Penembak Sebut “Baby Sayang”

Susulan seorang individu yang menembak monyet selepas enggan menyebut ‘baby sayang’, pelakon Mira Filzah berharap agar tiada lagi kes sebegini berulang di masa akan datang.

Mira ketika ditemui di majlis pelancaran telefon pintar Honor 20 Series imemberitahu dia terkejut dan rasa trauma dengan insiden berkenaan.

“ Jujurnya saya takut tengok video itu. Saya harap perkataan ‘baby sayang’ digunakan untuk hal-hal yang baik sahaja. Saya tidak mahu terlibat berkaitan dengan hal negatif begini,” katanya kepada Xtra.

Tambah pelakon drama Pujaan Hati Kanda ini, insiden melibatkan penggunaan ‘baby sayang’ adalah di luar kawalannya. 

“ Saya sendiri tidak sangka ayat ‘baby sayang’ secara tiba-tiba menjadi tular walhal ia keluar secara spontan ketika membuat live di Instagram.

“ Individu itu harus bertanggungjawab atas apa yang telah dilakukan dan perlu dibawa ke muka pengadilan. Dalam masa sama saya tidak mahu komen lanjut mengenai hal ini,” katanya.

Panggilan ‘baby sayang’ mula meraih perhatian selepas netizen mengemukakan soalan kepada Mira sama ada dia memilih panggilan ‘baby’ atau ‘sayang’ dan selebriti itu memilih ‘baby sayang’.

SGMS Fas