Remaja berusia 22 tahun ini bukan sahaja terkenal kerana menjadi bintang laman sosial dan seorang model. Tetapi, kematiannya yang dianggap menggerikan itu juga menjadi buah mulut rata-rata peminat beliau.
Tara Fares, seorang warga Iraq baru-baru ini dipercayai mati dibunuh di dalam keretanya di Baghdad, beberapa hari lalu. Dan, difahamkan remaja itu telah ditemui mati dengan kesan tembakan di kepalanya.

Sumber : Instagram @Tara Fares
Merupakan antara selebriti keenam paling popular di Iraq, kematian mengejutnya itu membuatkan kerajaan mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan ini dan merancang melancarkan siasatan dengan kadar yang segera.

Sumber : Instagram @Tara Fares
Sebelum kematian model terkenal ini, seorang aktivis hak asasi manusia, Suad Al-Ali juga turut ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala dan di dalam keretanya beberapa minggu sebelum kematian Tara.